Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tuan Yang Terutama, Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Raghad Kurdi Taib pada Ahad berkesempatan menghadiri Majlis Berbuka Puasa, Solat Maghrib, Isya’ dan Solat Sunat Tarawih di Masjid Setia Raja Mukah.

Imarah Ramadan: TYT, Toh Puan Raghad santuni penduduk sekitar Mukah

ByTVS

MUKAH, 18 April : Tuan Yang Terutama, Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib pada Ahad berkesempatan menghadiri Majlis Berbuka Puasa, Solat Maghrib, Isya’ dan Solat Sunat Tarawih di Masjid Setia Raja Mukah.

Majlis yang dianjurkan Jawatankuasa Tetap Aktiviti Islam Bahagian Mukah dengan kerjasama Lembaga Amanah Masjid Setia Raja Mukah dan Syarikat Perladangan Setuan Plantation Sdn. Bhd (Balingian) itu dihadiri lebih 700 penduduk sekitar Mukah.

Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri turut menyempurnakan Majlis Penyampaian Sumbangan geran kepada 95 buah Masjid Dan Surau daripada pihak Majlis Islam Sarawak dan Lembaga Amanah Masjid Setia Raja Mukah.

Imarah Ramadan: TYT, Toh Puan Raghad santuni penduduk sekitar Mukah

Baca > > > Yayasan Ragad sumbang bakul makanan dan bantuan kewangan bernilai RM50,000

Dalam pada itu, sebanyak 80 orang golongan asnaf dan fakir miskin turut menerima sumbangan peribadi daripada Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib berupa bakul makanan dan wang tunai berjumlah RM24,000.

Imarah Ramadan: TYT, Toh Puan Raghad santuni penduduk sekitar Mukah

Manakala pihak Setuan Plantation Sdn. Bhd turut menyumbang sebanyak RM15,000 untuk sumbangan asnaf dan membantu di dalam penganjuran Majlis Berbuka Puasa pada tahun ini bersama Lembaga Amanah Masjid Setia Raja Mukah dan Jawatankuasa Tetap Aktiviti Islam Bahagian Mukah.

Turut hadir ialah Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah, Timbalan Menteri Utiliti Dan Komunikasi (Utiliti), Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi, serta isteri Datin Siti Shorgayah Ahmad Zaidin serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan