PITTSBURGH, 18 April: Dua maut manakala 11 lagi mengalami kecederaan selepas ditembak di sebuah parti di kawasan kejiranan East Allegheny, Pittsburgh pada Ahad.
Jabatan Keselamatan Awam Pittsburgh menerusi ciapannya berkata, sepuluh mangsa tembakan sedang dirawat di hospital kawasan tersebut.
Sementara mangsa tembakan yang ke-11 pula hadir sendiri ke hospital.
“Siasatan turut mendedahkan lebih 90 das tembakan telah dilepaskan dalam insiden berkenaan,” katanya.
Selain itu, pengunjung parti yang lain turut mengalami kecederaan seperti patah tulang dan luka apabila melompat keluar dari tingkap.
Ketika kejadian, kira-kira 200 pengunjung parti berkumpul di rumah kediaman sewaan berkenaan. – TVS