Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Datuk Mohd Azman, Pesuruhjaya Polis Sarawak baharu

KUCHING, 18 April : Bekas Timbalan Pengarah Risikan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Sarawak yang baharu berkuat kuasa pada Isnin.

Mohd Azman dalam ucapannya berkata, perlantikan tersebut adalah satu mandat serta penghormatan terbesar bagi dirinya yang diberikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani untuk berkhidmat di Sarawak.

“Saya banyak terlibat dengan pencegahan jenayah, namun dengan kepercayaan yang diberikan oleh Ketua Polis Negara untuk menggalas tugas sebagai Pesuruhjaya Polis Sarawak akan saya pikul dan laksana dengan sebaik mungkun,” katanya.

Beliau juga berharap supaya barisan kepimpinan kontinjen Sarawak serta warga PDRM untuk terus memberikan tanggungjawab yang terbaik kepada masyarakat dan negara.

“Saya juga memohon sokongan daripada barisan kepimpinan kontinjen Sarawak serta warga PDRM untuk terus memberikan mandat yang terbaik kepada masyarakat dan negara,” ujarnya.

Majlis serah terima tugas antara Mohd Azman dan Pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata disaksikan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Hazani Ghazali di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Sarawak.

Sementara itu, Hazani pula berkata, beliau percaya dengan kemampuan serta karisma kepimpinan yang dimiliki oleh Mohd Azman selain pengalamannya sebagai Pegawai Cawangan Siasatan Jenayah, yang akan terus membawa kemakmuran dan kesejahteraan kepada masyarakat di Sarawak.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan