Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kes positif baharu di Malaysia lepasi 11,000

COVID-19: Kes turun dua angka, rekod satu kematian

KUCHING, 18 April : Sarawak mencatatkan 92 kes baharu positif COVID-19 hari ini, menurun 27 kes berbanding 119 kes semalam.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, kesemua kes baharu COVID-19 tersebut merupakan kategori satu dan dua menjadikan jumlah kes kumulatif COVID-19 di Sarawak 303,982 sejak wabak itu melanda negara .

Kemaskini kes Covid-19 di Sarawak 18 April 2022

Bagaimanapun, pecahan bagi kes COVID-19 baharu mengikut daerah, Kuching terus merekodkan kes tertinggi sebanyak 24 kes diikuti Miri, 22 kes dan Bintulu, 13 kes selain 21 daerah lain tidak merekodkan kes baharu COVID-19.

Dalam pada itu, satu kes kematian direkodkan di Hospital Miri, melibatkan wanita warga emas berusia 74 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kronik, darah tinggi.

Sementara itu, tiada pertambahan kluster baharu direkodkan dan kluster aktif masih kekal satu.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan