Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Batalion baharu akan ditubuhkan di Sarawak, bantu tingkatkan kawalan sempadan

ByFebbright James

KUCHING, 18 April: Satu Batalion baharu Pasukan Gerakan Am (PGA) akan ditubuhkan di Sarawak dan dua di Sabah, menurut Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Dato Sri Hazani Ghazali.

Katanya, di Sarawak, batalion baharu itu akan ditempatkan di Sri Aman dan khusus untuk kawalan keselamatan sempadan dalam.

“Jadi, di Sarawak ini akan ada empat batalion dan hasrat ini akan dicapai dalam bulan Jun. Batalion baharu ini khusus untuk kawalan keselamatan sempadan bersama-sama dengan Batalion 10 di Sibu.

“Kita sedia maklum bila negara jiran (Indonesia) membuka ibu negaranya di Kalimantan, secara tidak langsung memberi tempias kepada sosioekonomi Sarawak terutama di persempadanan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Sumbangan Logistik Daripada Kerajaan Negeri Sarawak kepada Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am (PGA).

Tambahnya, usaha berkenaan sesuai dengan keutamaan PGA untuk membanteras kegiatan jenayah di persempadanan termasuk penyeludupan dan pergerakan keluar masuk di sempadan.

Sementara itu, katanya, PGA juga merancang untuk membina laluan keselamatan baharu di Telok Melano.

Namun, sebarang keputusan mengenainya akan diputuskan setelah selesainya perbincangan yang akan diadakan dengan Kementerian Dalam Negeri.

“Kita akan bekerjasama dengan kerajaan Sarawak dalam memohon kebenaran tanah dan lokaliti dan sebagainya untuk kita bina laluan keselematan di sempadan,” ujarnya.

Majlis Penyampaian Sumbangan Logistik Daripada Kerajaan Negeri Sarawak kepada Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am (PGA)

Dalam pada itu, beliau turut meluahkan rasa syukur dan terima kasihnya kepada kerajaan Sarawak di atas sumbangan logistik yang merangkumi dua (2) buah kenderaan pacuan empat roda (4WD) jenis Isuzu D-Max yang bernilai RM279,400 untuk kegunaan Briged Sarawak (PGA) seperti yang telah diluluskan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada 15 Disember 2021.

Turut hadir Ketua Penolong Pengarah Unit Pentadbiran (Seksyen Fleet) Jabatan Premier Sarawak Mohammad Nizam Wang dan Penolong Pengarah Abdul Rahman Barahim.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan