Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

“Sarawak Airlines” mampu tawarkan lebih banyak pilihan – Abdul Karim

ByAhmad Burhanuddin

ASAJAYA, 17 April : Hasrat Sarawak mahu mewujudkan syarikat penerbangan sendiri dijangka akan menawarkan lebih banyak pilihan kepada pengguna.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, walaupun matlamat penubuhan syarikat penerbangan itu bukan untuk menyelesaikan isu harga tiket raya yang terlalu mahal, namun ia sedikit sebanyak dapat membantu orang ramai yang terkesan.

Baca > > > Akan siasat kesahihan tiket mahal ke Sabah dan Sarawak – Wee Ka Siong

Baca > > > Tiket mahal, PM arah KPDNHEP teliti tindakan terhadap syarikat penerbangan

Katanya, Sarawak mahu mengorak langkah dalam industri penerbangan kerana mahu memudahkan ‘kemasukan’ luar ke negeri ini yang akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi.

“Kedudukan Sarawak di sebuah pulau, jadi kemasukan dari Semenanjung, Singapura, Thailand dan Hong Kong (akan lebih mudah) jika kita melihat daripada sudut berkenaan.

“Kita tahu apabila ia (syarikat penerbangan Sarawak) masuk ke dalam pasaran kelak akan wujudkan persaingan yang dijangka harga (tiket kapal terbang) akan menurun,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir pada Program Jerayawa Bubur Lambuk di Masjid An – Najah, Asajaya di sini hari ini.

Sebelum ini, isu harga tiket penerbangan ke Sabah dan Sarawak mendapat perhatian apabila harganya melonjak sehingga RM2,000 (penerbangan pergi balik) iaitu peningkatan sekitar 566 peratus, menjelang tempoh perayaan Hari Raya Aidilfitri (29 April hingga 8 Mei).

Susulan itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong memberi jaminan kementerian akan menyiasat kesahihan aduan mengenai peningkatan harga tiket penerbangan antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.

Hari ini Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi untuk meneliti jika berlaku perlanggaran di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 berhubung kenaikan harga itu. 

Mengulas lanjut, Abdul Karim yang juga Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan negeri berkata, beliau turut maklum tentang perbincangan yang sedang berlangsung membabitkan Kerajaan Sarawak dengan Kerajaan Persekutuan yang akan membuka jalan ke arah Sarawak memiliki syarikat penerbangannya sendiri.

Pada masa sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya itu berkata, beliau kekal dengan pendirian sebelum ini supaya perlu diperkenalkan harga siling bagi tiket kapal terbang.

“Namun harga yang ditetapkan itu tidak boleh terlalu mahal dan juga terlalu murah,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan