Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tertuduh Khalid Redza Shuib, 41, bersama anak perempuannya, Nurshafwani Khalid Redza, 18, didakwa secara bersama menyebabkan kematian Hanan Hasrul Izwan, 5, di sebuah rumah di Jalan Temiang, Taman Nee Yan, di sini, kira-kira pukul 7 malam pada 3 Mac lepas.
SEREMBAN, 13 April -- Dua beranak dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun pada Mac lepas. Tertuduh Khalid Redza Shuib, 41, bersama anak perempuannya, Nurshafwani Khalid Redza, 18, didakwa secara bersama menyebabkan kematian Hanan Hasrul Izwan, 5, di sebuah rumah di Jalan Temiang, Taman Nee Yan, di sini, kira-kira pukul 7 malam pada 3 Mac lepas. Dalam pada itu, Khalid Redza turut mengaku bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan cedera parah ke atas Siti Syarifah Aibiddin, 35, di lokasi sama antara 1 Dis 2021 hingga 23 Mac lepas, yang boleh dihukum mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara hingga tujuh tahun atau denda, jika sabit kesalahan. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Tolong hormat perasaan keluarga arwah Meriammah

ByNurul Amarlina

KUCHING, 16 April : Seorang wanita yang dipercayai ahli keluarga Meriammah Abdullah Basah yang mayatnya ditemukan dalam gaung di Bukit Kukus, Negeri Sembilan, pada bulan lepas memohon orang ramai tidak membuat spekulasi berhubung kejadian itu.

Menerusi Facebook, Nadya Mateen mendakwa, dia dan keluarganya di Sarawak masih belum diberitahu punca sebenar kejadian itu.

“Tolong hormat perasaan keluarga arwah. Ibu dan bapa arwah tidak berapa sihat,” katanya menerusi hantaran di aplikasi media sosial itu.

Baca > > > Mayat wanita berulat tanpa identiti ditemukan dalam gaung

Baca > > > Rangka kanak – kanak perempuan ditemukan

Baca > > > Suspek utama penemuan mayat wanita, rangka kanak-kanak disyaki terlibat kes dera

Nadya Mateen berkata, Meriammah mempunyai seorang anak lelaki berumur lapan tahun dan seorang anak perempuan berumur enam tahun yang kini di bawah jagaan keluarga.

Pada 20 Mac lalu, mayat Meriammah dijumpai di dalam gaung di Kilometer 14, Jalan Lama Bukit Putus.

Perkembangan siasatan kes itu menyaksikan Khalid Redza Shuib, 41, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban atas pertuduhan membunuh Meriammah di Taman Nee Yan, Jalan Temiang antara 15 hingga 17 Mac lalu.

Dia dan anak perempuannya berusia 18 tahun, Nurshafwani Khalid Redza, juga telah didakwa atas pertuduhan membunuh kanak-kanak lima tahun, Hanan Hasrul Izwan di lokasi yang sama pada 3 Mac.

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen, Khalid juga telah didakwa menyebabkan cedera parah ke atas Siti Syarifah Aibiddin, 35, dengan cara menyimbah air panas sehingga kulitnya melecur dan melakukan pengabaian terhadap seorang kanak-kanak berusia setahun lapan bulan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan