Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Tiada lagi vaksin COVID-19 percuma bagi kanak-kanak selepas 15 Mei – Dr. Sim

ByNurul Amarlina

KUCHING, 16 April : Tiada lagi vaksinasi COVID-19 percuma yang akan ditawarkan bagi kanak-kanak berumur antara lima hingga 12 tahun selepas 15 Mei tahun ini, kata Timbalan Premier, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian.

Menurutnya, seramai 286,000 orang kanak-kanak telah menerima dos pertama manakala 46,000 orang kanak-kanak telah menerima dos kedua.

“Kita perlu 8,000 kanak-kanak lagi untuk mencapai 80 peratus kadar vaksinasi, dan 66 000 lagi untuk mencapai 100 peratus,” katanya sewaktu ditemu bual oleh sebuah stesen radio tempatan semalam.

Mengenai dos penggalak kedua yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) baru-baru ini, Dr. Sim berkata, kira-kira 306,000 orang berumur 60 tahun ke atas dengan komorbiditi di Sarawak yang layak menerima dos itu.

Beliau juga menambah terdapat lebih kurang 3,000 individu berusia antara 12 hingga 18 tahun yang mempunyai penyakit autoimun yang turut layak menerima dos penggalak kedua itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan