Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Malaysia kecam keras tindakan biadap tentera Israel di Masjid Al Aqsa

Foto : Reuters

PUTRAJAYA, 16 April : Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan biadap Tentera Rejim Israel yang menyerang umat Islam Palestin termasuk anggota perubatan dan wartawan di Masjid Al-Aqsa pada Jumaat. 

Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata perbuatan keji serta tidak berperikemanusiaan itu amat dikesali dan tidak sepatutnya berlaku terutama pada Jumaat apatah lagi umat Islam Palestin sedang berpuasa serta menunaikan ibadah ketika Ramadan.

“Tindakan Tentera Rejim Israel yang turut menyasarkan wanita dalam serangan itu, satu tindakan yang kejam dan tidak boleh diterima sama sekali,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Saifuddin menegaskan bahawa Malaysia akan terus konsisten dalam memperjuangkan nasib dan kebajikan rakyat Palestin.

Sekurang-kurangnya 153 rakyat Palestin cedera susulan pertempuran antara tentera Israel dan rakyat Palestin apabila tentera menyerbu perkarangan masjid selepas solat subuh pada Jumaat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan