Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
lemas sri aman
lemas sri aman

Guru dihanyut arus sungai dikhuatiri lemas di Setiu

SETIU, 16 April : Seorang guru dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus ketika sedang memukat ikan di kawasan muara sungai Kuala Baru dekat Kampung Mangkuk di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 9 malam itu, Sugani Yasin, 51, yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Kampung Buluh dekat Permaisuri di sini, dikatakan telah menaiki bot dari Kampung Fikri ke lokasi tersebut bersama 14 rakannya yang lain.

Seorang rakan mangsa, Khairul Azri Abdullah, 44, berkata mereka berpecah kepada dua kumpulan iaitu 10 orang turun menarik pukat, manakala dia bersama empat lagi rakan termasuk mangsa berjalan di kawasan berkenaan kerana air sedang surut. 

“Saya jalan di belakang sekali… keadaan memang gelap, air hanya di paras lutut kami sahaja, tapi tiba-tiba kami semua terjatuh ke dalam lubang air yang berpusar. 

“Saya hanya sempat selamatkan tiga orang dan hilang tenaga, sudah tak berdaya untuk selamatkan Sugani yang hilang dihanyutkan arus. Kemudian kami terus buat panggilan kecemasan kepada polis dan bomba,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Setiu DSP Affandi Hussin berkata pihaknya telah menerima laporan mengenai kejadian itu pada 12.45 tengah malam tadi dan pasukan penyelamat telah bergegas ke tempat kejadian.

“Operasi mencari dan menyelamat yang dilakukan 42 anggota melibatkan Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta 10 orang awam sehingga kini masih belum menemui mangsa,” katanya. -TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

No data was found