Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tangkap layar video tular membabitkan sekumpulan penunggang basikal lajak yang menunggang secara berbahaya di Facebook ‘We are Malaysians’, semalam, merupakan video lama.

Video tular tunggang basikal lajak secara berbahaya video lama – polis

ByBernama

KUALA LUMPUR, 15 April : Polis hari ini menjelaskan video tular membabitkan sekumpulan penunggang basikal lajak yang menunggang secara berbahaya di Facebook ‘We are Malaysians’, semalam, merupakan video lama.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Sarifudin Mohd Salleh berkata semakan oleh polis terhadap video berdurasi lapan saat itu mendapati kejadian sebenar adalah pada sekitar 2016.

“Hasil semakan juga mendapati kegiatan penunggang basikal lajak dalam video yang ditularkan itu telah berlaku di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

“Dipercayai video tersebut telah sengaja ditularkan kembali menerusi media sosial oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak menularkan gambar serta video lama bagi mengelak kekeliruan dan menimbulkan kegusaran kepada masyarakat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sarifudin turut meminta orang ramai yang mempunyai pertanyaan atau maklumat berkaitan video tular supaya menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-2026 0267/69 atau balai polis berhampiran.

Semalam tular sebuah video menerusi media sosial memaparkan aksi sekumpulan penunggang basikal lajak yang menunggang dalam keadaan berbahaya dan tindakan mereka mengundang pelbagai reaksi netizen. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan