Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini sebulat suara mencadangkan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon perdana menteri pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
KUALA LUMPUR, 14 April -- Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) ketika menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Majlis Tertinggi UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA KUALA LUMPUR, April 14 -- Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (center) attending the Breaking Fast Ceremony with the UMNO Supreme Council at the Kuala Lumpur World Trade Center (WTCKL) today. --fotoBERNAMA (2022) COPYRIGHT RESERVED

Terima kasih calon saya sebagai Perdana Menteri – Ismail Sabri

ByBernama

PUTRAJAYA, 15 April : Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berterima kasih kepada partinya kerana mencalonkan dirinya sebagai perdana menteri pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

 Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang dipengerusikan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam sebulat suara mencadangkan Ismail Sabri sebagai calon perdana menteri pada PRU15.

“Saya ucapkan terima kasih kepada presiden (Ahmad Zahid), timbalan presiden (Datuk Seri Mohamad Hasan), ‘Top Five’ dan semua ahli MT kerana secara sebulat suara menyokong saya sebagai calon perdana menteri selepas PRU15 jika Barisan Nasional memenangi pilihan raya nanti,” kata perdana menteri kesembilan itu.

Semasa ditemui media selepas melancarkan Coopmart dan Coop Community Mart (CCM) Koperasi Pudina Putrajaya Bhd di sini hari ini, Ismail Sabri berkata keputusan MT UMNO itu jelas menunjukkan parti itu masih bersatu.

“Walaupun macam-macam pihak (kata) ada group dan sebagainya dalam UMNO tetapi keputusan semalam jelas menunjukkan bahawa apa yang diperkatakan adalah tidak benar kerana UMNO terus kukuh, solidaritinya kuat, jadi tidak ada kem pun dalam UMNO,” katanya.

Ismail Sabri bagaimanapun tidak tahu bila PRU15 akan diadakan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan