Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pelajar ‘sekolah pemulihan’ tidak dipinggirkan – Fatimah

KUCHING, 15 April : Kerajan Sarawak tidak akan meminggirkan pelajar di sekolah pemulihan yang sedang mendapatkan rawatan selepas terjebak dengan pelbagai isu sosial.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak -kanak dan Kesejahteraan Masyarakat, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, pelbagai inisiatif telah dan akan dilancarkan untuk memastikan kumpulan pelajar di situ menerima latihan kemahiran yang akan membantu kehidupan mereka selamat menamatkan pengajian kelak.

Terbaharu katanya, kementeriannya menyumbang dana RM20 000 kepada dua buah sekolah untuk meningkatkan kemahiran para pelajar.

Kerajaan Sarawak menyokong program peningkatan literasi yang diadakan di dua sekolah ‘pemulihan’ di Sarawak.

“Peruntukan ini diharap dapat memperkasakan Program Peningkatan Literasi yang dilaksanakan oleh Sekolah Henry Gurney dan Sekolah Integriti Puncak Borneo.

“Kita turut bekerjasama Majlis Pembangunan Sosial (MPS) dan Persatuan Disleksia Sarawak,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Kesejahteraan Komuniti Sekolah Henry Gurney di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Fatimah berkata, kementeriannya akan terus menyantuni komuniti yang terjebak dengan isu sosial dan sedang menjalani rawatan dan pemulihan.

“Kita juga akan mengenal pasti bantuan yang diperlukan bagi menyokong pemulihan sehinggalah mereka kembali ke dalam masyarakat,”katanya.

Mengulas lanjut, Fatimah memberitahu, pengisian program berkenaan termasuklah mengajar kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.

Tambah beliau, pelajar di kedua – dua sekolah berkenaan juga didapati berpotensi dalam bidang akademik, sukan dan kesenian. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan