Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

PATI Indonesia ditahan edar dadah di Bekenu

MIRI, 15 April : Seorang lelaki Indonesia yang disyaki aktif melakukan kegiatan pengedaran dadah di sekitar Bekenu ditahan polis semalam.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, suspek ditahan menerusi serbuan yang dilakukan oleh anggotanya di sebuah rumah di Kampung Menjelin pada pukul 9.30 malam.

Katanya, hasil pemeriksaan polis telah menemukan 19 paket plastik lutsinar berisi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah jenis methamphetamine dengan berat kasar 0.58 gram.

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM5,200,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Menurut Alexson, suspek yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan dipercayai terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah di situ sejak tahun lepas.

Beliau berkata, hasil saringan ujian air kencing mendapati lelaki itu positif dadah  jenis methamphetamine.

“Suspek kini ditahan reman selama 14 hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama,” katanya.

Beliau turut memberitahu, kertas siasatan turut dibuka di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen masuk ke negara ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan