Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Lelaki Myanmar sengaja ‘cederakan diri’ dalam kemalangan ditahan

Kredit gambar: Facebook orang awam

SHAH ALAM, 15 April : Polis menahan seorang lelaki warga Myanmar, yang dipercayai  dengan sengaja mencederakan dirinya dalam satu kemalangan jalan raya di sekitar Klang, minggu lepas.

Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP S. Vijaya Rao berkata pihaknya menerima satu laporan polis dari seorang lelaki tempatan pada Khamis lalu (7 April), yang mengatakan semasa sedang memandu dan sampai di sebuah jalan, seorang lelaki tidak dikenali yang berada di tengah jalan secara tiba-tiba berlari meluru ke arah keretanya dan melompat ke arah cermin hadapan.

“Selepas kemalangan itu berlaku, pengadu memaklumkan kepada pejalan kaki yang melanggar keretanya itu bahawa kenderaannya terdapat rakaman kamera papan pemuka dan pejalan kaki tersebut terus beredar dari lokasi kemalangan, dan hanya mengalami kecederaan kecil,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bertindak atas maklumat, Vijaya Rao berkata pihak polis telah menahan lelaki berumur 25 tahun itu di Jalan Shahpadu Rantau Panjang, Klang pagi tadi dan kini direman untuk siasatan lanjut.

“Kes diklasifikasi di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan diri orang lain,” katanya.

Kejadian kemalangan itu turut tular menerusi satu video berdurasi 45 saat, yang dimuat naik di laman sosial Facebook semalam. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan