Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tiga kanak - kanak antara lima yang lemas
Tiga kanak - kanak antara lima yang lemas

KEMASKINI : Tiga kanak – kanak antara lima yang lemas, dua masih hilang

SEMPORNA, 15 April : Mayat tiga kanak – kanak merupakan antara lima mangsa yang ditemukan lemas setakat ini dalam kejadian bot karam di perairan Pulau Timbun Mata, dekat sini, malam tadi.

Pengarah Maritim Malaysia Zon Semporna, Komander Maritim Norrimi Hassan berkata, turut ditemukan ialah mayat dua wanita oleh penduduk kampung.

“Dua mangsa yang masih hilang dikenali sebagai Aiman, 6, dan Noranis , 14 , manakala 13 penumpang bot itu selamat,”katanya ketika dihubungi hari ini.

Baca > > > Bot karam, lima dikhuatiri lemas di Pulau Tandoan, Semporna

Beliau memberitahu, ketika ini operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah diaktifkan di sepanjang Terusan Segalong.

Katanya bot berkenaan dipercayai membawa seramai 20 penumpang dan karam selepas dipukul ombak besar ketika berada di perairan Pulau Tandoan.

Berita lanjut menyusul. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan