Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gotong royong masak bubur pedas untuk asnaf
Gotong royong masak bubur pedas untuk asnaf

Gotong royong masak bubur pedas untuk asnaf

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 15 April : Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) dan Pusat Kebajikan Datuk Amar Hajah Juma’ani bekerjasama mengedarkan sebanyak 250 pek bubur pedas kepada golongan asnaf di sekitar bandar raya ini.

Penyelaras program, Pemanca Rosli Sahari berkata, menerusi program Penyerahan Bubur Pedas Hajat Ayahanda itu, sumbangan diagihkan kepada penduduk di tiga buah kampung.

Katanya, awal hari ini, ahli kedua- dua pertubuhan itu bergotong royong selama tiga jam untuk memasak sebanyak tiga periuk besar bubur pedas di PAWE, Sri Satok.

“Selain mendampingi masyarakat yang kurang berkemampuan,  matlamat program adalah untuk menjayakan program sosial di PAWE sempena Ramadan.

“Kesemua 250 pek bubur pedas habis diagihkan kepada masyarakat sekitar,”katanya di sini hari ini.

Beliau memberitahu, program berkenaan juga selaras dengan hasrat PAWE yang menggalakkan warga emas di kawasan itu memberi bantuan kepada gologan asnaf susulan Fasa Peralihan Endemik yang bermula 1 April lalu.

Sementara itu, sukarelawan PAWE, Amie Bolhassan berkata, program berkenaan bukan sahaja membantu golongan asnaf tetapi dapat menarik golongan muda untuk memberikan perkhidmatan sokongan sosial di PAWE.

“Usaha ini juga seiring dengan fokus jawatankuasa PAWE dalam menghidupkan suasana di pusat warga emas bagi komuniti setempat,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan