Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

COVID-19 : Sarawak catat 189 kes baharu

KUCHING, 15 April : Jangkitan baharu COVID-19 di Sarawak hari ini terus menurun kepada 189 kes bagi tempoh 24 jam lepas.

Ini menyaksikan jumlah kumulatif mencecah 303,650 kes sejak negeri ini dilanda pandemik.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, pecahan kes mengikut kategori menyaksikan hanya empat yang memerlukan bantuan oksigen dan ventilator manakala 185 lagi bergejala ringan.

Sementara itu, Sarawak turut merekodkan satu kes kematian pada 13 April lalu di Hospital Miri.

“Ia melibatkan seorang wanita warga emas yang mempunyai sejarah penyakit darah tinggi dan kencing manis,”jelas JPBN menerusi kenyataan media.

Statistik kes mengikut daerah pula menyaksikan Kuching mencatatkan sebanyak 61 kes, diikuti Sibu (26 kes) dan Miri 23 kes.

Selain itu, 12 daerah berstatus ‘hijau’ antaranya Limbang, Song dan Selangau. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan