Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Beri kelonggaran pemakaian pelitup muka – Abdul Karim

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 15 April : Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menyarankan agar Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak mempertimbangkan ‘sedikit kelonggaran’ berkaitan peraturan pemakaian pelitup muka.

Ujar Abdul Karim, beliau menyuarakan perkara itu kerana pemakaian pelitup muka dalam membendung penularan virus itu bukanlah sebagai perkara yang tidak boleh diubah.

“Undang-undang wajib pakai pelitup muka itu tetap ada malah saya sendiri jika menggunakan pengangkutan awam seperti pesawat, saya masih memakainya (pelitup muka),”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa dan solat berjemaah bersama Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Hotel Grand Magherita di sini semalam.

Turut menyertai majlis berkenaan ialah anak – anak yatim Lembaga Kebajikan Anak- anak Yatim Sarawak (PERYATIM).

Mengulas lanjut mengenai isu berkenaan, Abdul Karim berkata, pilihan untuk memakai alat perlindungan itu sepatutnya ‘diserahkan’ kepada orang ramai.

“Beritahu mereka,  COVID-19 masih ada, anda perlu berjaga-jaga, beri mereka pilihan tetapi jangan tetapkan untuk mereka. Itu pandangan saya,” katanya.

Tambahnya, kelonggaran ini wajar dipertimbangkan oleh kerana negara sudah memasuki fasa peralihan ke endemik sejak 1 April lepas dan pada masa sama, terdapat negara yang sudah memansuhkan pemakaiannya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan