Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Akan siasat kesahihan tiket mahal ke Sabah dan Sarawak – Wee Ka Siong

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 15 April : Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong memberi jaminan kementerian akan menyiasat kesahihan aduan mengenai peningkatan harga tiket penerbangan antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.

Katanya, beliau mendengar dan memahami keluhan orang ramai terutamanya pengguna pengangkutan udara mengenai isu berkenaan.

Ujar beliau, berdasarkan pemantauan oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), harga tambang pada 30 April yang merupakan waktu perjalanan puncak bagi Hari Raya Aidilfitri tahun ini meningkat berbanding kadar pada 2019.

“Peningkatan ini adalah disebabkan oleh peningkatan kos operasi terutamanya kenaikan harga bahan api jet serta sumber terhad bagi syarikat penerbangan meningkatkan kapasiti sepenuhnya.

“Mekanisme penetapan harga dinamik atau ‘dynamic pricing mechanism’ juga menggunakan Kecerdasan Buatan (AI) dalam proses menentukan harga tambang, bukan secara manual untuk menaikkan harga seperti yang didakwa,”katanya menerusi kenyataan media di Putrajaya hari ini.

Sebelum ini, laporan media menyebut pemantauan terhadap laman web syarikat penerbangan komersial baru-baru ini menyaksikan tambang penerbangan melonjak sehingga RM2,000 (penerbangan pergi balik) iaitu peningkatan sekitar 566 peratus, menjelang tempoh perayaan Hari Raya Aidilfitri (29 April hingga 8 Mei).

Baca > > > Harga tiket melambung sehingga 566%, bebankan warga Sabah, Sarawak sambut Aidilfitri

Baca > > > Harga tiket mahal, perlu ada situasi menang-menang – Abdul Karim

Perkara itu turut mendapat perhatian Kerajaan Sarawak dan Sabah apabila rakyatnya yang berada di Semenanjung yang bercadang untuk pulang sempena perayaan itu terbeban dengan harga yang dikenakan.

Sementara itu, Ka Siong berkata, kerajaan bersedia untuk mempertimbangkan kelulusan permohonan syarikat untuk menambah kekerapan penerbangan dan pengoperasian perkhidmatan kawalan trafik udara.

“Ia sekali gus bakal membantu syarikat penerbangan dalam perancangan penambahan kapasiti terutama menjelang musim perayaan.

Pada masa sama, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor yang telah menyuarakan keluhan rakyat Sarawak dan Sabah untuk tindakan kementeriannya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan