Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
TVS beri sumbangan penting sebar maklumat - Fatimah
TVS beri sumbangan penting sebar maklumat - Fatimah

TVS platform utama sebar maklumat bantu rakyat – Fatimah

KUCHING, 14 April : Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak- kanak dan Kesejahteraan Masyarakat Sarawak mengiktiraf peranan TVS sebagai salah satu platform utama untuk menyebarkan maklumat penting kepada masyarakat di negeri ini.

Menterinya, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, peranan yang dimainkan oleh TVS juga penting dalam membantu kerajaan khususnya Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak.

Katanya, maklumat berkenaan termasuklah bantuan kebajikan yang disediakan pihaknya serta geran yang boleh dimanfaatkan oleh rakyat.

“Pada masa sama, JKM Sarawak amat memerlukan serta menghargai sumbangan rakan strategik bagi membantu dalam menyebarkan maklumat supaya tiada rakyat Sarawak yang terpinggir.

“Televisyen merupakan saluran penyebaran maklumat yang sangat berkesan,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sejambak Kasih Aidilfitri 2022 di Mydin Petrajaya di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak – Kanak dan Kesejahteraan Masyarakat, Mohammad Razi Sitam.

Mengulas lanjut, Fatimah berkata, pada masa hadapan beliau berharap lebih banyak kerjasama dapat dijalinkan memandang keupayaan yang dimiliki oleh kedua – dua pihak.

“Kita tahu TVS mempunyai bilangan penonton yang ramai dan di sinilah stesen ini dapat memainkan peranan bersama – sama kerajaan negeri untuk membantu golongan memerlukan,”katanya.

Berhubung program hari ini, Fatimah memberitahu, seramai 100 orang penerima bantuan bulanan kebajikan menerima sumbangan wang tunai RM100 dan hamper bernilai RM80.

“Mereka yang tidak berpeluang hadir pada hari ini, sumbangan wang tunai akan dikreditkan ke akaun masing – masing,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan