Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tabung Haji Serah zakat RM2.3 juta kepada Tabung Baitulmal Sarawak

TH serah zakat lebih RM2 juta kepada Baitulmal Sarawak

KUCHING, 14 April : Lembaga Tabung Haji (TH) menyerahkan zakat berjumlah RM2, 036 294 kepada Tabung Baitulmal Sarawak bagi tahun kewangan berakhir 2021.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dato Sri Amrin Awaluddin berkata, bayaran zakat berkenaan merupakan tanggungjawab pihaknya sebagai organisasi Islam yang prihatin untuk memperkasakan kewangan Islam.

Katanya, TH turut menekankan pembangunan sosio ekonomi ummah bagi manfaat golongan asnaf.

“TH berharap pembayaran zakat ini dapat dimanfaatkan oleh Tabung Baitulmal Sarawak ke arah kemampanan program-program zakat yang dirangka di negeri ini bagi kelestarian ekonomi golongan asnaf,” katanya menerusi kenyataan media.

Terdahulu, Amrin hadir ke Wisma Bapa Malaysia untuk menyerahkan replika cek zakat kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di sini hari ini.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan jumlah keseluruhan bayaran zakat TH pada tahun lepas meningkat sebanyak 1.4 peratus iaitu RM107.197 juta berbanding RM105.712 juta pada 2020.

Pada masa sama kata beliau, TH pada tahun ini memperuntukkan sebanyak M28.8 juta untuk melaksanakan program tanggungjawab sosial korporatnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan