Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Program Jiwa Murni TUDM santuni penduduk di tiga kampung

ByAdlina Rahman

SIMUNJAN, 14 April : Program Jiwa Murni anjuran Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kota Samarahan yang berlangsung hari ini menyantuni 31 keluarga yang kurang bernasib baik di tiga buah kampung kawasan sekitar.

Ketua Cawangan Operasi Skuadron 330, Leftenan Kolonel Mohd. Azizan Mohamed Razali berkata, penerima bantuan terdiri daripada golongan asnaf dan berpendapatan rendah sekitar Kompleks Radar Gunung Ngili.

Katanya, menerusi program berkenaan, pihaknya berharap agar hubungan baik antara TUDM dan penduduk Simunjan dapat dikekalkan dan seterusnya memastikan keharmonian.

“Kami berbangga kerana program yang berlangsung pada hari ini turut mendapat sokongan padu Penghulu Kampung dan Ketua-ketua kaum di sekitar Simunjan yang menyalurkan maklumat kepada pihak TUDM Kota Samarahan  bagi memudahkan tugas,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengetuai anggota menyerahkan sumbangan berupa barangan keperluan kepada penduduk di Kampung Kelka, Kampung Nenas dan Kampung Segang.

Katanya, program berkenaan turut membantu anggota TUDM di situ untuk mengenali penduduk tempatan serta pada masa sama membantu mereka yang berada dalam kesusahan.

Skuadron 330 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menghantar agihan

Sementara itu, Mohd. Azizan memberitahu, selain bantuan barangan keperluan harian, anggota TUDM turut menyumbangkan kepakaran yang dimiliki bagi meringankan beban penduduk.

“Kami juga melaksanakan program ini dengan memberi pertolongan seperti membaiki kediaman penduduk yang mengalami kerosakan atau sebagainya,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan