Kredit foto : Malaysia Palm Oil Green Conservation Foundation
PUTRAJAYA, 14 April : Majlis Pemulihan Negara (MPN) mengesyorkan proses kelulusan bagi permohonan pengambilan pekerja asing disegerakan dengan mengurangkan kerenah birokrasi, mempermudah dan menambah baik proses kelulusan bagi menampung keperluan pekerja dalam industri yang mendesak.
Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, majlis dimaklumkan daripada 4,561 permohonan kuota pekerja asing yang diterima, hanya 163 yang sedang diproses namun belum diluluskan.
Dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MPN di sini hari ini, Muhyiddin berkata MPN menyedari keluhan dan kerugian yang dialami pengusaha industri terutamanya dalam sektor perladangan, perkilangan dan perkhidmatan akibat kekangan tenaga kerja yang mendesak setelah ekonomi dibuka sepenuhnya.
“Seperti disebutkan oleh Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, semasa COVID-19 tidak ada pekerja asing masuk membantu menurunkan buah kelapa sawit, negara rugi lebih RM10 bilion, dan sekarang ini harga kelapa sawit cukup tinggi, kalau masih dilewatkan lagi dengan tidak ada pekerja asing, (ini) menambah besar lagi kerugian pada negara kita,” katanya.
“Seperti disebutkan oleh Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, semasa COVID-19 tidak ada pekerja asing masuk membantu menurunkan buah kelapa sawit, negara rugi lebih RM10 bilion, dan sekarang ini harga kelapa sawit cukup tinggi, kalau masih dilewatkan lagi dengan tidak ada pekerja asing, (ini) menambah besar lagi kerugian pada negara kita,” katanya. -TVS