Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
PAKAR BERI AMARAN KES COVID-19 AKAN BERGANDA SELEPAS CUTI SONGKHRAN
Police officers hold the water guns after they seized them from the boys as they were prohibited to play with water during Songkran holiday which marks the Thai New Year during the coronavirus disease (COVID-19) outbreak, in Bangkok, Thailand, April 14, 2022. REUTERS/Soe Zeya Tun

Pakar Thailand beri amaran kes COVID-19 berganda selepas Songkran

BANGKOK, 14 April : Thailand mungkin menyaksikan peningkatan kes COVID-19 dua atau tiga kali ganda selepas cuti Songkran kerana ramai yang dilihat mengingkari langkah pencegahan pada hari pertama tahun baharu Thai Songkran pada Rabu, demikian menurut seorang pakar perubatan.

Profesor Madya Thira Woratanarat, dari Fakulti Perubatan Universiti Chulalongkorn menyuarakan kebimbangannya berikutan laporan media mengenai pelancong dan penduduk tempatan mengabaikan langkah pencegahan COVID-19, termasuk menyertai pesta air jalanan, berhibur dan minum di tempat yang sesak.

Beliau berkata perbuatan itu akan mencetuskan satu lagi wabak kerana mempunyai semua faktor penyumbang kepada penularan pantas COVID-19.

“Tahun lalu, jumlah kes harian COVID-19 meningkat dua hingga tiga kali ganda selepas cuti Songkran. Kami menjangkakan keadaan yang sama tahun ini.

“Impaknya tidak berakhir di situ. Jumlah (kes COVID-19) akan berganda lagi dalam masa sebulan,” tulis beliau di laman Facebooknya hari ini.

Dalam tempoh 24 jam yang lalu, Thailand mencatatkan 24,134 kes baharu COVID-19 dan 115 kematian, menjadikan jumlah jangkitan dalam negara kepada 3,973,003 dan 26,510 kematian setakat ini.

Bagi mengekang penularan COVID-19, Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) dan Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA) mengenakan larangan simbahan air tradisional di sepanjang jalan sepanjang sambutan Songkran tahun ini.

Meskipun berulang kali diberi amaran tentang ‘Songkran tanpa air’, pelancong dan penduduk tempatan berpusu-pusu ke Khaosan Road di Bangkok dan Patong Walking Street di Phuket semalam untuk pertempuran air jalanan.

Hari ini, polis, anggota tentera dan pegawai majlis tempatan ditempatkan di Jalan Khaosan. Selain itu, pusat pemeriksaan disediakan untuk mengelak orang ramai mengingkari larangan itu.

Media tempatan melaporkan bahawa pegawai perbandaran dari Pejabat Daerah Phra Nakhon mengarahkan semua perniagaan di sepanjang Jalan Khaosan tidak membenarkan pelancong menyimbah air dan menyimpan semua baldi ais.

Mereka yang mengingkari perintah itu akan dikenakan denda 100,000 baht, lapor PBS Thai.

Sementara itu, Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha turut membangkitkan kebimbangan mengenai pelancong dan orang ramai yang mengingkari larangan menyimbah air di Bangkok serta di Phuket. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan