Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Mengamuk ‘sakan’ disuruh hantar anak buah ke sekolah

MIRI, 14 April : Berang kerana disuruh menghantar anak saudaranya ke sekolah, seorang lelaki mengamuk dalam kejadian di Tudan Desaras Fasa Lima, di sini, kelmarin.

Pemuda berusia 31 tahun itu bertindak liar apabila memecahkan cermin kereta ibunya.

Menurut sumber, ketika kejadian, ibunya telah meminta pertolongan anak lelakinya itu untuk menghantar anak saudaranya ke sekolah untuk sesi petang.

“Lelaki itu kemudian turut menyimbah minyak petrol di depan rumah dan mengugut mahu membakar kediaman keluarganya.

“Mangsa yang bimbang dengan ugutan itu kemudian membuat laporan polis,”katanya.

Susulan itu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) menahan suspek pada pukul 8.10 malam hari sama.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd. Sabri Zainol  ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Beliau memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan