Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Medan Timur Tentera Darat mahu terus perkukuh hubungan dengan Sarawak

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 14 April : Medan Timur Tentera Darat mahu hubungan membabitkan organisasi berkenaan dengan Kerajaan Sarawak terus diperkukuhkan.

Menurut kenyataan MTTD, ia selaras dengan tonggak Ketiga Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Pelestarian Kesejahteraan Warga.

“Ia turut menekankan kepada pengukuhan kerohanian dan akhlak warga yang seimbang,”jelas kenyataan itu.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Majlis Berbuka Puasa MTTD Bersama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tuan Yang Terutama, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di Kem Penrissen di sini hari ini.

Yang turut hadir, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib.

Tun Taib dan Toh Puan Raghad ketika menyaksikan acara simbolik meriam buluh

Pada majlis itu, Tun Taib dan isteri turut disajikan dengan acara tembakan meriam buluh sebelum menyaksikan persembahan bunga api beberapa minit sebelum masuk waktu solat fardu Isyak.

Selepas ini Medan Tentera Timur akan mengadakan majlis berbuka puasa seumpama itu di Sabah. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan