Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kaki Pandelela cedera dihempap tangki tandas

KUCHING, 14 April : Ratu terjun negara, Dato Pandelela Rinong berkongsi pengalaman mencemaskan apabila tangki air tandas di rumahnya pecah dan menimpa kakinya pagi tadi.

Menerusi hantaran di Facebooknya, pemenang pingat perak dan gangsa Olimpik itu berkata, beliau bersyukur kerana hanya mengalami kecederaan ringan.

“Pagi yang akan sentiasa diingati, saya tidak tahu sama ada mahu ketawa atau menangis,”tulisnya.

Pandelela turut berkongsi beberapa foto menunjukkan tangki berkenaan remuk dan gambar bahagian tumit kakinya yang luka akibat kejadian itu.

Perkongsian Pandelela menerusi laman Facebooknya

Sehingga kini, lebih 571 komen diterima daripada pengikutnya yang mendoakan supaya jaguh sukan kelahiran Sarawak itu lekas pulih.

Elizabeth Kuha berkata, dia berharap Pandelela sentiasa menjaga dirinya dan akan lebih berhati – hati selepas ini.

Mereka turut mendoakan agar kejadian itu tidak menjejaskan persiapannya ke Sukan SEA di Vietnam pada bulan depan yang mana Malaysia merupakan pasukan pilihan untuk menyapu bersih lapan pingat emas yang ditawarkan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan