Foto Faitullah Morni,TVS
KUCHING, 14 April : Perkembangan harian jangkitan COVID-19 di Sarawak menyaksikan kes baharu menurun kepada 286 berbanding 350 hari sebelumnya.
Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, ini menjadikan kes kumalatif meningkat kepada 303,461 sejak negeri ini dilanda pandemik.
“Pecahan kes baharu melibatkan 65 kes dalam kategori satu dan 218 kes dalam kategori dua manakala hanya tiga kes bagi kategori berikutnya,”jelas JPBN menerusi kenyataan media hari ini.
Dalam pada itu, satu kematian baharu melibatkan seorang lelaki berusia 48 tahun yang mempunyai sejarah penyakit darah tinggi disahkan di Bintulu.
Sepuluh daerah di Sarawak mencatatkan kes sifar jangkitan antaranya Pakan, Lawas dan Tanjung Manis manakala Kuching masih merekodkan bilangan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 75 kes. -TVS