Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Tiada unsur rasuah dalam pembinaan jeti RM50,000 di Miri

KUALA LUMPUR, 13 April : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati tiada unsur rasuah dalam projek pembinaan jeti kayu di Kampung Mutap, Miri, Sarawak yang tular di media sosial baru-baru ini.

Baca > > > Guna kayu belian, jeti Kampung Mutap telan belanja RM50,000

Sumber SPRM berkata kayu yang diguna dalam projek bernilai RM50,000 berkenaan adalah kayu belian asli dan disahkan oleh pakar.

Menurut sumber itu, ibu pejabat SPRM telah mengarahkan SPRM Sarawak untuk meneliti projek di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri itu, susulan dakwaan orang ramai ia memakan kos yang mahal untuk sebuah jeti kayu sepanjang 15 meter.

“Hasil penelitian yang dibuat tidak menunjukkan terdapat sebarang rasuah atau penyelewengan dalam projek berkenaan,” katanya.

Pada Ahad lepas 8 April lepas JKR Sarawak di laman Facebooknya telah memuat naik gambar jeti kayu berkenaan bersama kos pembinaannya yang mengundang kritikan orang ramai yang beranggapan kos itu terlalu mahal untuk sebuah jeti kayu dan memohon agar pihak SPRM membuat siasatan.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan perkara itu namun enggan mengulas lanjut.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan