Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pemuda dakwa dibelasah jiran tanpa sebab

MIRI, 13 April : Dua beranak ditahan polis bagi membantu siasatan kes mencederakan jiran mereka dalam kejadian di Kampung Pengkalan Lutong di sini, pada Isnin lepas.

Menurut sumber, ketika kejadian pada pukul 5.50 petang itu, kedua-dua suspek yang berusia 30 dan 62 tahun meluru masuk ke dalam rumah jiran  mereka.

Difahamkan, ayah dan anak lelakinya itu kemudian terus menumbuk mangsa sehingga cedera di bahagian kepala dan paha.

Mangsa yang berumur 29 tahun itu tidak pasti sebab kedua – dua suspek bertindak sedemikian kerana mendakwa dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan keluarga suspek.

Susulan kejadian itu, mangsa membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Miri , Superintendan Mohd. Sabri Zainol ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

“Polis telah menahan suspek pada pukul 9 malam hari kejadian selepas menerima laporan,”katanya.

Beliau memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 448 Kanun Keseksaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan