Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Nenek, bila lagi saya mahu berpuasa penuh
Nenek, bila lagi saya mahu berpuasa penuh

Nenek, bila lagi saya berpeluang puasa penuh?

MIRI, 13 April : Pada minggu lalu ketika umat Islam mula berpuasa, Rubiah Johari sempat ‘memberi kebenaran’ kepada Muhd Ikram Abdullah untuk berbuka puasa lebih awal setelah melihat cucunya keletihan.

Rubiah, 60, berkata, ketika itu jawapan yang diberikan oleh Muhd Ikram,12, ialah sekiranya ‘ponteng’ puasa pada hari itu, bila lagi dia akan berpeluang untuk berpuasa penuh.

Tidak membayangkan perkara pelik, Robiah berkata, dia menyarankan supaya cucunya itu berbuka puasa selepas Muhd Ikram memberitahu dia berasa lapar.

“Selepas berkata demikian, arwah hanya merenung lama ke arah saya,”katanya sebak ketika ditemui TVS hari ini.

Menurut Rubiah, perbualan itu kini menjadi kenangan dan dia reda menerima ketentuan takdir bahawa tidak akan berpeluang untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama cucu kesayangannya untuk selama – lamanya.

Muhd Ikram, 12, ditemukan rentung selepas rumah keluarganya di Kampung Masjid Kuala Baram, dekat sini, musnah dalam kebakaran yang berlaku kira – kira pukul 4.50 petang semalam.

Difahamkan, kanak – kanak itu gagal menyelamatkan diri dan mayatnya ditemukan oleh pasukan Bomba dan Penyelamat di bawah timbunan zink selepas kebakaran berjaya dikawal.

Rubiah berkata, kehilangan Muhd Ikram sangat dirasai memandangkan dia menjaga Arwah Ikram dan adik beradiknya sejak mereka dilahirkan.

Baca > > > Kanak – kanak lelaki 12 tahun rentung dalam kebakaran di Kuala Baram

“Baki Ramadan dan Aidilfitri pada tahun ini terasa berbeza kerana kami selalu berbuka puasa bersama dengan arwah,”katanya.

Lebih menyedihkan, Rubiah memberitahu, cucunya tidak sempat menyarung Baju Melayu yang telah disediakan.

“Saya ingin sedekahkan baju itu kepada orang lain,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng, Timbalan Penguasa Bomba Muhamad Hamdani Madon berkata, kebakaran itu tidak mempunyai unsur jenayah namun ketika ini masih di peringkat siasatan lanjut.

Sementara itu, seorang wanita yang dipercayai ibu Muhd Ikram enggan ditemu bual kerana masih sedih dengan kejadian yang meragut nyawa anaknya itu.

Wanita yang dipercayai ibu Muhd Ikram kelihatan sugul dan enggan ditemu bual media.

Ketika ini, keluarga mangsa tinggal di rumah sewa yang disediakan oleh ketua kampung  buat sementara waktu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan