Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kes lapan penunggang basikal lajak maut: Kerani dipenjara enam tahun, denda RM6,000

JOHOR BAHRU, 13 April : Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 ke atas seorang kerani selepas didapati bersalah atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak, lima tahun lepas.

Hakim Datuk Abu Bakar Katar memerintahkan hukuman penjara ke atas Sam Ke Ting, 27, itu bermula hari ini.

Wanita itu juga hilang kelayakan lesen memandu selama tiga tahun sebaik menjalani tempoh pemenjaraan dan sekiranya gagal membayar denda, dia boleh dipenjara enam bulan.

Dalam penghakimannya, hakim berkata pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan yang telah membuktikan dengan jelas intipati kesalahan.

“Perbuatan responden yang memandu cara melulu atau merbahaya telah menyebabkan kehilangan lapan lapan nyawa. Mahkamah ini mengikuti pendekatan nas duluan yang mengambil kira bilangan mangsa yang terlibat dalam menjatuhi hukuman,” kata beliau.

Keputusan hari ini mengetepikan keputusan Mahkamah Majistret pada 10 Okt tahun lepas, yang melepaskan dan membebaskan wanita itu daripada pertuduhan berkenaan.

Pendakwaan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu dan pada 18 Feb 2021, Mahkamah Tinggi telah mengarahkan Sam, yang merupakan seorang jurujual ketika kejadian, supaya membela diri.

Abu Bakar, ketika membaca keputusan membenarkan rayuan pendakwaan itu berkata pihaknya berpuas hati segala intipati kesalahan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 telah berjaya dibuktikan.

Beliau berkata mahkamah bicara telah terkhilaf apabila gagal memutuskan pembelaan wanita itu secara tidak bersumpah bersifat penafian semata-mata atau selepas berfikir.

“Dalam pembelaannya (wanita itu) menyatakan tidak nampak kumpulan basikal di tempat kemalangan dan ada kenderaan lain yang melanggar basikal si mati dan telah melarikan diri. Versi ini tidak pernah ditimbulkan semasa kes pendakwaan,” kata beliau.

Muhammad Faizal turut memohon penangguhan pelaksanaan hukuman ke atas responden yang hukumannya bermula hari ini.

Bagaimanapun, hakim tidak membenarkan penangguhan berkenaan selagi tidak menerima kebenaran merayu daripada Mahkamah Rayuan.

Mahkamah juga mengarahkan agar butiran sabitan dicatat dalam lesen memandu responden selain ia diserahkan pada atau sebelum esok untuk tindakan selanjutnya.

Terdahulu, wanita yang berbaju kemeja putih berbelang dan berseluar warna coklat muda, hadir ditemani seorang rakannya tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Johor Bahru, kira-kira jam 9 pagi tadi.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru, pada 3.20 pagi 18 Feb 2017.

Remaja yang maut dalam kejadian itu ialah Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14; Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16; Fauzan Halmijan, 13; Mohamad Azhar Amir, 16; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14 dan Haizad Kasrin, 16.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan