Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tindakan empat nelayan warga Indonesia menjalankan akriviti menangkap ikan di kawasan perairan yang tidak dibenarkan berjaya dikesan oleh Pasukan Polis Marin Wilayah 5 di sini pada Selasa.

Ikan 800 kg dirampas, empat nelayan asing ditahan

KUCHING, 13 April : Tindakan empat nelayan warga Indonesia menangkap ikan di kawasan larangan berjaya dikesan oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 semalam.

Komandernya, Asisten Komisioner Zulfikar Mohd. Ghazali berkata, anggotanya yang melaksanakan Op Gelora Khas mengesan sebuah bot nelayan yang berada pada kedudukan kurang sembilan batu nautika dari persisir Pantai Lakei, dekat sini pada pukul 7.30 pagi.

Katanya, pemeriksaan lanjut mendapati bot itu menggunakan pukat hanyut ketika menjalankan aktiviti penangkapan ikan di kawasan yang tidak dibenarkan.

“Polis kemudian menahan seorang juragan dan tiga awak-awak berusia 19 hingga 42 tahun yang merupakan rakyat Indonesia,”katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Pasukan Polis Marin menahan sebuah bot nelayan yang dikendalikan empat nelayan asing dan merampas pelbagai hasil laut dan peralatan yang dianggarkan mencecah RM185 000.

Beliau memberitahu, selain bot, pihaknya turut merampas pelbagai jenis ikan seberat 800 kilogram, 55 utas pukat hanyut dan pelbagai peralatan membabitkan nilai keseluruhan RM185,000.

Katanya, bot berserta awak-awak telah dibawa ke jeti PPM Wilayah 5, Kuching untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan