Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
A general view shows damages after a landslide caused by tropical storm Megi, that hit Philippines' eastern and southern coasts, in Baybay city, eastern province of Leyte, Philippines, in this still image taken from a video April 11, 2022. Video taken with a drone April 11, 2022. Courtesy As You Wish Photography/via REUTERS THIS IMAGE HAS BEEN SUPPLIED BY A THIRD PARTY. NO RESALES. NO ARCHIVES. MANDATORY CREDIT.

Filipina : Ribut tropika Megi ragut 56 nyawa

ByBernama

Kredit: As You Wish Photography/via REUTERS

MANILA, 13 April : Angka korban akibat ribut tropika Megi yang melanda Filipina sejak Ahad meningkat kepada 56 termasuk 47 mangsa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh, menurut pihak berkuasa pada Rabu, lapor Xinhua.

Datuk Bandar Baybay City, Jose Carlos Cari berkata pasukan penyelamat setakat ini telah menemukan 47 mayat di 10 perkampungan di wilayah Leyte. 

“Sebahagian mangsa telah ditemukan, dan sebahagian lagi dihanyutkan ke pinggir pantai,” katanya.

Beliau berkata kebanyakan kampung yang terjejas terletak berhampiran kawasan sawah padi dan limpahan air sungai turut membanjiri beberapa perkampungan.

“Operasi mencari dan menyelamat diteruskan hari ini. Kami menggunakan dron di kawasan terjejas bagi mengesan mangsa yang terselamat,” katanya. 

Sementara itu, Majlis Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan melaporkan lapan lagi kematian akibat ribut, 193 cedera manakala 28 masih hilang.

Menurut Pentadbiran Perkhidmatan Atmosfera, Geofizik dan Astronomi Filipina, walaupun Megi semakin melemah, hujan lebat masih berterusan di beberapa kawasan.

Megi, ribut tropika pertama yang membadai Filipina tahun ini.

Filipina dilanda kira-kira 20 taufan dan ribut saban tahun kerana kedudukannya yang terletak di Lingkaran Api Pasifik, menjadikannya antara negara paling kerap ditimpa bencana alam. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan