Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rainforest sasar 15 000 pengunjung
Rainforest sasar 15 000 pengunjung

RWMF sasar 15 ribu pengunjung

ByFebbright James

Kredit gambar Arkib MOTAC

KUCHING, 13 April : Setelah dua tahun tidak dianjurkan secara fizikal, Rainforest World Music Festival (RWMF) yang meraikan kepelbagaian muzik kini kembali berlangsung di Kampung Budaya Sarawak.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan negeri, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, tiket untuk menyaksikan RWMF secara fizikal akan mula dijual pada 18 April ini.

Bagaimanapun ujar beliau, jualan tiket akan dihadkan kepada 5,000 keping sahaja untuk tempoh satu hari.

“Sepanjang acara selama tiga malam, kita menyasarkan seramai 12,000 ke 15,000 pengunjung, saya percaya sasaran ini akan dapat dicapai,”katanya pada sidang media hari ini.

Penganjuran RWMF kali ini diadakan pada 17 hingga 19 Jun 2022 secara hibrid dengan bertemakan 25th Legendary Rainforest Celebration, festival muzik ini juga akan meraikan ulang tahunnya yang ke-25 sejak mula berlangsung pada 1998.

RWMF menampilkan pemuzik dan penghibur antarabangsa dari Kanada, India, Amerika Syarikat, Finland, Thailand, Indonesia, dan banyak lagi.

Majlis Seni Sarawak pula menggabungkan muzik tradisional tempatan dengan citarasa antarabangsa sebagai pembukaan untuk tiga hari acara itu berlangsung dan ini merupakan kali pertama kerjasama muzik dengan Lembaga Pelancongan Sarawak.

Persembahan tahun ini juga akan menampilkan bakat Sarawak termasuk Alena Murang, Kemada, Sang Rawi, At Adau, Tuku Kame, Suk Binie’, Nading Rhapsody dan Mathew Ngau bersama bakat antarabangsa.

Sementara itu, Abdul Karim memaklumkan, Kerajaan Sarawak telah merancang untuk menganjurkan banyak lagi aktiviti dan program pelancongan bagi memastikan pelancong yang datang dari luar Sarawak berpeluang untuk melihat keunikan lain di negeri ini.

“Kebanyakkan pelancong asing yang datang ke sini dari jauh malah menempuh penerbangan selama lapan jam.

“Jadi, kita tidak mahu mereka terus balik selepas menonton RWMF ini kerana Sarawak ini banyak keunikan, mungkin mereka akan pergi ke Mulu, pantai dan sebagainya,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan