Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Eksport Sarawak meningkat
Eksport Sarawak meningkat

Eksport Sarawak meningkat RM3 bilion Februari 2022

ByNurul Amarlina

KUCHING, 13 April : Sarawak mencatatkan peningkatan eskport sebanyak RM3 bilion bagi Februari tahun ini berbanding bulan sama tahun lepas menurut statistik Jabatan Perangkaan Malaysia.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd. Uzir Mahidin berkata, jumlah eksport Sarawak melonjak kepada RM8.4 bilion bagi Februari 2022 dengan kenaikan 56 peratus tahun ke tahun.

Katanya, ini sekaligus menjadikan Sarawak negeri keempat pengeksport utama dengan sumbangan 8.2 peratus dalam Statistik Eksport Import Mengikut Negeri Februari 2022.

Baca > > > Sarawak terima pelaburan diluluskan RM25.7 bilion pada 2021

Statistik Eksport Import Mengikut Negeri, Februari 2022. Kredit: DOSM

“Eksport pada Februari 2022 meningkat sebanyak RM14.7 bilion (+16.8%) berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya.

Eksport lebih tinggi direkodkan bagi kebanyakan negeri iaitu Pulau Pinang (+RM5.7 bilion), Sarawak (+RM3.0 bilion), Kedah (+RM2.2 bilion), W .P . Labuan (+RM1.6 bilion) dan Selangor (+RM1.5 bilion),”katanya menerusi kenyataan media.

Sementara itu katanya jumlah import Sarawak turut mencatatkan peningkatan dua digit pada Februari 2022 dengan peningkatan 66.9 peratus kepada RM3 bilion, tahun ke tahun.

“Peningkatan import dicatatkan di Sarawak (+RM1.2 bilion),” jelasnya lagi.

Secara keseluruhannya, jumlah dagangan Malaysia pada Februari 2022 bernilai RM184.8 bilion iaitu peningkatan 17.5 peratus tahun ke tahun.

Nilai eksport mencatat RM102.3 bilion iaitu peningkatan 16.8 peratus tahun ke tahun, manakala import bernilai RM82.5 bilion iaitu peningkatan 18.4 peratus tahun ke tahun. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan