Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua maut apabila kenderaan jenis BMW yang dinaiki mereka terbalik di sisi jalan raya di Pantai Bakam, Miri.

Dua maut BMW terbalik di Pantai Bakam, Miri

MIRI, 13 April : Dua maut apabila kereta jenis BMW yang dinaiki mereka terbabas sebelum terbalik dalam kemalangan di Pantai Bakam, Miri, di sini pagi tadi.

Komander Operasi, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri Sentral, Penguasa Bomba Kanan II Jukernain Jon berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 9 pagi tadi memaklumkan kejadian berkenaan.

Katanya, ketika pasukan bomba tiba di lokasi, pihaknya mendapati seorang penumpang wanita yang berusia dalam lingkungan 20-an tercampak keluar daripada kereta itu.

“Seorang lagi mangsa masih berada dalam kenderaan berjaya dikeluarkan dengan menggunakan peralatan scoop stretcher,”katanya menerusi kenyataan media di sini hari ini.

Kredit: Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri Sentral

Beliau memberitahu, pasukan petugas Kementerian Kesihatan (KKM) yang tiba kemudian mengesahkan kedua – dua mangsa telah meninggal dunia. -TVS=

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan