Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
18 maut nahas jalan raya di Papua Barat Indonesia Kredit: BASARNAS (Twitter)

18 maut nahas jalan raya di Papua Barat Indonesia

ByBernama

Kredit: BASARNAS

JAKARTA, 13 April : Seramai 18 penumpang maut manakala empat lagi parah dalam nahas jalan raya melibatkan sebuah lori di wilayah timur Papua Barat Indonesia pada Rabu, lapor Xinhua.

Menurut pegawai penyelamat daerah Manokwari, Muhammad Khairul Basyar, nahas berlaku pada 3 pagi waktu tempatan ketika lori membawa 29 penumpang menuruni bukit di daerah kecil Minyambouw, Pergunungan Arfak.

“Lori itu hilang kawalan sebelum melanggar lereng bukit, mengakibatkan 13 maut di tempat kejadian manakala lima mangsa meninggal dunia di hospital, dan empat lagi parah,” katanya ketika dihubungi.

Tujuh lagi penumpang terselamat. 

Lori itu dalam perjalanan menuju ke daerah Manokwari dari Anggi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan