Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

16 cedera dalam serangan bersenjata di stesen kereta api bawah tanah New York

NEW YORK, 13 April : Sekurang-kurangnya 16 orang cedera dalam serangan bersenjata di stesen kereta api bawah tanah di Brooklyn, New York pagi Selasa, lapor Xinhua.

“Lima mangsa dilaporkan dalam keadaan kritikal tetapi stabil dan kini menerima rawatan di hospital,” menurut kenyataan Timbalan Pesuruhjaya Jabatan Bomba New York Laura Kavanagh.

Sejurus selepas kereta api berhenti di Stesen 36th Street di kawasan kejiranan Sunset Park, seorang lelaki memakai jaket keselamatan tapak pembinaan beserta topeng gas melepaskan tembakan ke arah penumpang dan orang ramai.

“Tiada bahan letupan dikesan setakat ini dan kejadian tembakan belum diklasifikasi sebagai serangan pengganas,” kata Pesuruhjaya Polis New York City Keechnat Sewell, sambil menambah motif kejadian masih disiasat. 

Serangan itu menyebabkan penguatkuasaan undang-undang di kawasan kejiranan Sunset Park Brooklyn diperketatkan lagi dan suspek kini sedang diburu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan