Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Suami berubah sikap sebelum ditemui terapung di Sungai Igan

SIBU, 12 April : Mayat lelaki ditemui terapung di Sungai Igan, Tanjung Penasu sekitar tengahari pada Ahad lepas.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sibu, Superintendan Dr Collin Babat berkata, pihaknya yang menerima panggilan daripada orang awam bergegas ke lokasi pada jam 12.10 tengahari.

Katanya, mayat mangsa telah berjaya dinaikkan ke darat dan seterusnya dihantar ke rumah mayat Hospital Sibu untuk tindakan lanjut.

“Mangsa berusia 39 tahun merupakan seorang ahli perniagaan dan kali terakhir dilihat oleh isterinya adalah semasa menghantarnya ke tempat kerja pada 6 April lalu.

“Difahamkan mangsa ada meghubungi isterinya untuk mengambil dompet, kunci kereta dan kereta di sebuah hotel di bandar ini sekitar tengahari itu.

“Isteri mangsa yang kehairanan tetap mengikut apa yang disuruh suaminya dan setelah menyerahkan barang dan kereta, suaminya terus beredar dan berjalan kaki tanpa memaklumkan arah tujuannya.

“Isteri mangsa ada menghubungi suaminya untuk bertanya keberadaannya samada dia ingin dijemput namun suaminya menjawab tidak perlu dan terus memutuskan talian.” katanya dalam kenyataan semalam.

Bimbang terhadap tingkah laku suaminya, si isteri cuba menghubunginya lagi pada pukul 7 malam namun gagal dan usaha ahli keluarga mencarinya di sekitar bandar ini juga menemui jalan buntu sehingga laporan polis dibuat di Balai Polis Sentral.

Menurut Collin, penemuan mayat suaminya tengahari semalam telah merungkai segalanya dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan