Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sarawak perintis program anti-dadah di institut memandu

KUCHING, 12 April : Sarawak bakal menjadi negeri perintis bagi program kesedaran awam penyalahgunaan dadah di institut-institut memandu di negeri ini.

Program kerjasama antara Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak, tersebut akan bermula Mei hingga Disember tahun ini.

“Ini adalah program rintis di Malaysia dan ia akan dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Sarawak,” kata Ketua Pengarah AADK, Tuan Sutekno Ahmad Belon dalam sidang media selepas Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Negeri Sarawak 2022 di sini, hari ini.

Mesyuarat turut dihadiri oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

” Premier berpuas hati bahawa Sarawak antara negeri terendah dari segi masalah penyalahgunaan dadah,

” Beliau juga terus memberikan keyakinan bahawa kerajaan negeri akan memberi sokongan agar Sarawak bebas dadah,” katanya.

Tambah Sutekno, program bertujuan memupuk kesedaran pemanduan berhemah dan bebas dadah kepada pengusaha dan pelajar institut memandu.

Sementara itu Pengerusi MTMD Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, berkata program kesedaran ini perlu, memandangkan kes-kes kemalangan melibatkan penyalahgunaan dadah kian meningkat.

“Kalau kita lihat kepada statistik kes, pemandu-pemandu yang terlibat dalam kes kemalangan banyak melibatkan salah guna dadah,

“Sebab itulah, program ini amat bermanfaat,” ujar Karim yang juga Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan dan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan