Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

OSEIC diperluas ke kawasan pedalaman, bantu kanak-kanak berkeperluan khas

ByFebbright James

KUCHING, 12 April: One-Stop Early Intervention Centre (OSEIC) akan diperluaskan di kawasan pedalaman bagi membantu kanak-kanak berkeperluan khas mendapatkan perkhidmatan seperti diagnosis awal dan pemulihan.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri  Fatimah Abdullah, usaha berkenaan adalah bagi meningkatkan kadar pemulihan yang lebih sekiranya kanak-kanak tersebut dapat didiagnos awal.

“Memang ada perkhidmatan berkenaan disediakan di hospital biasa. Namun ianya sangat terhad dan ibu bapa pula perlu pergi ke tempat berbeza untuk mendapatkan perkhidmatan berbeza iaitu diagnos, intervensi awal dan rehabilitasi.

“Oleh itu, OSEIC ini menyediakan kesemua perkhidmatan ini di bawah satu bumbung bagi memudahkan ibu bapa. Sebab kita mahu mereka ini diberi rawatan awal,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat OSEIC Sarawak.

Katanya, usaha memperluaskan OSEIC ke kawasan pedalaman akan dilaksanakan selepas dibentang dan diluluskan di kabinet.

Dato Sri  Fatimah Abdullah bersama-sama Jawatankuasa Penasihat OSEIC Sarawak

Setakat ini, kanak-kanak berkeperluan khas mendapatkan perkhidmatan tersebut menerusi hospital sedia ada dan khidmat  doktor bergerak.

Sementara itu, Fatimah memberitahu, fasiliti dan kemudahan di OSEIC di Kuching juga akan ditambah baik dan diubah suai bagi menampung bilangan kanak-kanak bekeperluan khas yang kian ramai menghadiri kelas khas terbabit.

“Setakat 31 Mac 2022, sebanyak 257 kanak-kanak dimasukkan di OSIEC ini dengan majoriti dalam kalangan kanak-kanak Autism Spectrum Disorder (ASD) iaitu sebanyak 90 orang dan Speech Delay (84 orang.

“Jumlah peruntukkan pengubahsuaian tingkat satu yang telah diluluskan pada Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat yang lalu adalah sebanyak RM1.2 juta termasuk perabot dan kelengkapan lain,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan