Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

COVID-19: MDA batal kelulusan bersyarat dua kit ujian kendiri

KUALA LUMPUR, 12 April : Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) telah membatalkan kelulusan bersyarat bagi kit ujian kendiri COVID-19 daripada Innovac Technology Sdn Bhd dan Conan Medical Technology Berhad.

Perkara itu dimaklumkan MDA menerusi infografik serta kenyataan ringkas yang dimuat naik di laman Facebook rasmi hari ini.

Sumber: Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA)

“Pembatalan ini (kelulusan bersyarat) dibuat kerana syarikat tersebut telah gagal mematuhi syarat kelulusan yang diberikan oleh MDA dan berkuat kuasa serta-merta.

MDA juga ingin menasihatkan pengguna agar tidak membeli atau menggunakan kit ujian kendiri COVID-19 yang tidak mematuhi keperluan MDA kerana dikhuatiri tidak selamat untuk digunakan,” menurut catatan itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan