Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Anwar Ibrahim menang tanpa betanding, kekal presiden PKR – Saifuddin Nasution

KUALA LUMPUR, 12 April : Datuk Seri Anwar Ibrahim menepati ramalan kekal mempertahankan kerusi Presiden PKR bagi tempoh 2022-2025 apabila menang tanpa bertanding jawatan itu pada pemilihan PKR 2022.

Baca >>>  Anwar pertahan jawatan Presiden PKR bagi penggal 2022/2025

Mengesahkan perkara berkenaan Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ini merupakan satu penghormatan terbesar kepada akar umbi parti.

“Mengulangi sejarah Pemilihan Keadilan 2018, saudara Anwar sekali lagi menang tanpa bertanding pada pemilihan kali ini. Saya dengan penuh takzim mengucapkan tahniah kepada saudara @anwaribrahim,” katanya dalam satu ciapan dalam akaun Twitternya hari ini.

Sehingga pukul 11.59 malam tadi, apabila proses pencalonan ditutup, Anwar merupakan satu-satunya calon yang menamakan diri bagi jawatan berkenaan.

Proses pencalonan pemilihan PKR 2022 bermula Jumaat lepas sehingga Ahad bagi peringkat cabang manakala bagi jawatan tertinggi, proses pencalonan dilaksanakan semalam. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan