Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
SEPANG, 12 April -- Seramai 12 daripada 16 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penipuan tawaran kerja di Kemboja selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) hari ini.??Kumpulan 16 pekerja itu diselamatkan Polis Kemboja dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Polis Antarbangsa (INTERPOL), Polis Negara ASEAN (ASEANAPOL) serta Kementerian Luar Negeri.??--fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA?

12 rakyat Malaysia ditipu sindiket selamat tiba di KLIA dari Kemboja

KUALA LUMPUR, 14 April: 12 daripada 16 rakyat Malaysia yang diperdaya dengan iklan peluang pekerjaan sebagai pegawai khidmat pelanggan di Kemboja berjaya dibawa pulang ke tanah air.

Mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 8.10 pagi tadi hasil kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), polis Kemboja, Polis ASEAN (ASEANAPOLl) dan Wisma Putra.

Timbalan Ketua Setiausaha Hubungan dua hala Kementerian Luar Negeri, Datuk Amran Mohd Zain berkata, empat lagi rakyat Malaysia masih berada di Kemboja dan menjalani kuarantin selepas didapati positif COVID-19.

“ Kerjasama PDRM dengan polis Kemboja melalui Asean dipergiatkan, Alhamdullilah syukur mereka telah pulang hari ini,” katanya dalam sidang media di KLIA, Sepang hari ini.

Tambahnya lagi, Kedutaan Malaysia di Phnom Pehn akan terus memantau perkembangan mereka dan akan membawa pulang ke tanah air setelah tamat tempoh tujuh hari kuarantin.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan (tengah) bersama Timbalan Ketua Setiausaha (Hubungan Dua Hala) Kementerian Luar Negeri, Datuk Amran Mohamed Zin ketika sidang media mengenai kepulangan 12 daripada 16 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penipuan tawaran kerja di Kemboja.

” Selain itu, pihak berkuasa Kemboja juga telah menerima maklumat mengenai penglibatan 16 rakyat Malaysia dalam aktiviti yang menyalahi undang-undang negara berkenaan dan menahan kesemua mereka pada 4 April lepas.

” Mereka dipercayai terlibat dengan aktiviti perjudian atas talian.” katanya.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan memaklumkan PDRM menerima 35 laporan yang membabitkan 45 warga tempatan masih terkandas di beberapa negara dipercayai menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian.

Ujarnya, PDRM akan melaksanakan kerjasama dengan pihak berkuasa antarabangsa termasuk ASEANAPOL yang berpangkalan di Kuala lumpur bagi mengesan keberadaan mangsa terlibat.

Beliau turut mengesa mana-mana pihak yang mempunyai maklumat tambahan berhubung rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara untuk melaporkan segera kepada pihak berkuasa bagi membawa mereka pulang ke tanah air. – TVS

Tags: #bm, sarawak

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan