Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
pesara rugi lebih RM1 juta ditipu scammer
Gara-gara panik dan takut selepas dituduh terlibat dalam kes pengubahan wang haram, seorang penjawat awam mengalami kerugian sebanyak RM429,000 akibat diperdaya oleh sindiket Macau Scam.

Wakil rakyat ditipu sindiket Macau Scam, rugi lebih RM 80,000

ByBernama

KOTA BHARU, 11 April : Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Kelantan mengalami kerugian RM84,529 selepas diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan pegawai polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kelantan ACP Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa berusia 57 tahun itu menyedari ditipu selepas mendapati baki simpanan dalam dua bank miliknya berkurangan ketika membuat semakan semalam.

Beliau berkata terdahulu, mangsa menerima satu panggilan daripada suspek lelaki menyamar sebagai pegawai LHDN Melaka yang mendakwa mangsa mempunyai satu kes tunggakan bayaran cukai sebanyak RM52,900.78.

“Suspek mendakwa cukai tersebut disebabkan daripada kemasukan wang tunai sebanyak RM 200,000.00 kepada akaun syarikat dikatakan milik mangsa, namun mangsa menafikan dakwaan tersebut. 

“Panggilan telefon itu kemudiannya disambungkan kepada dua suspek berikutnya yang menyamar sebagai anggota dan pegawai polis bergelar ‘Datuk’ dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka.

“Semasa perbualan bersama ‘Datuk Puan Jasmine Kaur’, mangsa diminta untuk mengesahkan akaun-akaun miliknya dengan mengisi pautan Bank Negara melalui aplikasi WhatsApp,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Wazir berkata mangsa menyedari ditipu selepas pergi ke dua buah bank untuk menyemak baki akaun dan membuat kad baharu.

“Semalam, mangsa telah pergi ke Bank Islam Kota Bharu untuk menyemak baki akaun dan membuat kad baharu. Mangsa dimaklumkan oleh pegawai bank bahawa baki akaun bank miliknya telah berkurangan sebanyak RM71,480.

“Mangsa juga ke Bank Muamalat Kota Bahru untuk membuat kad bank baharu dan dimaklumkan bahawa baki dalam akaun bank miliknya telah berkurangan sebanyak RM13,049 melalui dua pengeluaran iaitu pada hari Sabtu (9 April),” katanya.

Mohd Wazir berkata mangsa telah membuat laporan polis di bu Pejabat Polis Daerah (IPD) tengah hari tadi dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan