KUCHING, 11 April : Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada Singapore Energy Market Authority dan Kementerian Perdagangan dan Industri Singapura (MTI).
Kunjungan hormat kepada Abang Johari yang juga Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli serta Menteri Tenaga dan Kelestralian Alam Sekitar turut membincangkan hala tuju perkongsian sumber tenaga boleh diperbaharui.
Antara yang hadir pada kunjungan hormat tersebut ialah Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Julaihi Narawi, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi dan Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestralian Alam Sekitar, Dr Hazland Abang Hipni.
Manakala delegasi Singapura diketuai Eksekutif Singapore Energy Market Authority (EMA), Ngiam Shih Chun, Pengarah EMA untuk pejabat sambungan Tenaga, Lee Seng Wai, Timbalan Pengarah EMA pejabat sambungan Tenaga, Tan Xin Yi dan Pengarah Bahagian Tenaga MTI, Leow Lay May.
Turut hadir, Kaunselor (Ekonomi) dari Suruhanjaya Tinggi Republik Singapura di Kuala Lumpur, Lide Tay.-TVS