Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
YB FAZZRUDIN ABDUL RAHMAN

Gesa syarikat penerbangan kurangkan harga tiket – Fazzrudin

ByZhahrulniza

KUCHING, 11 April : Syarikat penerbangan digesa untuk mengurangkan harga tiket penerbangan ke Sarawak menjelang sambutan Aidilfitri bulan depan.

Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Fazzrudin Abdul Rahman berkata, semakan yang dibuat di laman web syarikat penerbangan mendapati harga tiket penerbangan sudah melambung tinggi walaupun baru seminggu memasuki bulan puasa.

Baca >>>  https://s3.tvstv.my/2022/04/10/harga-tiket-melambung-sehingga-566-peratus-bebankan-warga-sabah-sarawak-sambut-aidilfitri/

“Ini bermakna seorang rakyat Sarawak perlu membelanjakan lebih dua kali ganda daripada tambang penerbangan biasa jika mereka pulang ke Sarawak untuk musim perayaan,

“Malah boleh membebankan mereka terutamanya yang baru bekerja di Semenanjung Malaysia untuk balik beraya,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau turut menggesa Kementerian Pengangkutan Malaysia untuk melihat perkara itu dan memastikan tambang penerbangan dikurangkan.

“Dengan peningkatan kekerapan penerbangan, ia akan menyebabkan penurunan harga tiket serta menjadikan perjalanan pulang lebih mampu milik untuk rakyat Sarawak.

“Saya memahami kebimbangan dan kekecewaan rakyat Sarawak yang tinggal di luar negeri yang ingin pulang tepat pada masanya untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri, selepas berpisah dengan keluarga akibat COVID-19 sejak beberapa tahun lalu,” katanya lagi.

Justeru beliau berharap, syarikat penerbangan bersimpati dengan kesusahan orang ramai dan mengurangkan harga tiket penerbangan dengan menawarkan lebih banyak penerbangan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan