Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Etnik Kedayan sah sebagai bumiputera

KUCHING, 11 April : Ramadan kali ini lebih bermakna bagi masyarakat etnik Kedayan kerana Sarawak telah mewartakan status kaum etnik Kedayan sebagai bumiputera.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu, Datuk Rosey Yunus berkata perkara itu telah diusahakan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Kita sangat bertuah sebab Sarawak diberi kuasa untuk mendaftar nama etnik di bawah bumiputera Sarawak, jadi ini satu kelebihan yang dilakukan oleh Premier Sarawak dalam memastikan tiada etnik yang tertinggal di wilayah Sarawak ini,” katanya.

Beliau ditemui semasa majlis pengagihan 400 bubur lambuk kepada penduduk di sekitar Kampung Kedayan yang dianjur oleh Persatuan Kedayan di Miri semalam.

Tambahnya Persatuan Kedayan juga telah berusaha memastikan budaya Kedayan terus diamalkan oleh generasi muda agar ia tidak pupus ditelan zaman.

“Melalui persatuan ini kita dapat angkat dan kekalkan budaya supaya tidak akan tenggelam oleh zaman dan perlu dipertahankan kalangan etnik sendiri,”katanya lagi.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan